CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Monday, September 28, 2009

Syawal Datang Lagi..














Salam Aidilfitri.. Dah seminggu Syawal berlalu. Syukur atas nikmatNya kerana sekali lagi diberi peluang menyambut Syawal dengan meriahnya..

Tahun ni merupakan tahun yang cukup meriah buat family saya. Sejak penghujung Ramadhan lg kami sudah berkumpul bersame, menikmati juadah berbuka . Sudah menjadi kebiasaan di malam raya, rumah saya akan dipenuhi oleh orang ramai yang masih belum menunaikan kewajipan untuk membayar zakat fitrah. Hampir 35 tahun Ayah telah di lantik menjadi AMIL bagi kawasan kampung relong melebihi usia saya, iaitu sejak tahun 1974. Setiap kali malam raya, kami akan menyediakan pelbagai juadah, antaranya ketupat, lemang, rendang, mee gorang, ayam goreng ala KFC, dan kuih muih. Walaupun penat melayan tetamu yang datang, kami tetap gembira..

Sok nye seawal 6.30 pagi kami mula bersiap2.. melihatkan kerenah anak-anak buah, saya teringatkan zaman kecil2 dulu. Betapa gembira dan terujanya menyambut Syawal.. Baju baru, kasut baru, semua baru.. Huhu.. seronok sangat!! Setelah selesai bersiap, kami sekeluarga bermaafan antara satu sama lain. Bergambar beramai2.. So sweet, gambar tahun ni.. Kelakar tgk gmbar anak-anak buah yang ramai tu.. Mcm2 peel... Pastu Sembahyang raya.. Selepas sembahyang, sekali lagi kami berkumpul, di pusara arwah Wan sebelah ayah dan mak.. Kami bersyukur sbbnyer pusara kedua-duanya bersebelahan. Ramai juga yang join skali tahlil di pusara arwah, termasuklah ahli keluarga sebelah ayah.

Selepas sumenya selesai, kami terus pulang ke rumah.. Dan memang menjadi kebiasaan juga buat saya, tidak akan berjalan di hari raya pertama, sgt ramai orang, tak menang tangan. Orang ramai datang bersilih ganti, dari pagi sampai la ke petang.. Umpama wat rumah terbuka plak.. huhu.. sgt penat, tapi seronok.. sbb dpt rase kemeriahan Syawal setiap kali menjelma...

Malam tu sekali lagi cucu cicit Mah Uda berkumpul. Setiap kali berkumpul saya Mayah, Abg Upi akan ditugaskan menyediakan slide dan segala teknikal utk Majlis malam tu.. Mengumpul gambar2 lame, mengedit dan mempersembahkan slide utk sume.. tapi, utk kali ni ianya adalah hasil sentuhan Cik Mayah.. Saya cume bagi idea utk lagu dan sedikit kata2.. sbb nye komitmen utk final exam ari tu lebih penting.. akan datang sentuhan saya pula.

Acara malam tu di mulakan dengan tahlil, seramai lebih kurang 100 lebih, bapa dan mak sedara, anak-anak buah, sepupu sepapat, ipar duai keturunan cucu cicit Mah Uda berkumpul. Sayu seketika bacaan tahlil pada malam tu.. Lepas tu ada ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis, iaitu Abg Mie.. Pastu Beh Ri ( bapa sedara saya yang bongsu) bagi ucapan sebab dia tuan rumah.. Ucapan dia sgt bermakna malam tu.. siap ade pantun2... Thanks ya Beh sedia kan sate untuk kami malam tu. Pastu, kami persembahkan tayangan slide yang disediakan.. sedih sgt sbb terkenangkan yang dah lame pergi. Tapi semuanya diingatan kami.. selepas tayangan slide acara yang di tunggu2 makan!!! Macam2 cerita bila berkumpul bersama. Setelah siap2 makan, semua anak2 buah, sepupu sepapat yang masih belajar diminta untuk berbaris.. termasuklah yang paling tua(yang masih belajar), nana, kak ibah dan saya.. kami masih dapat duit raye.dan inilah tahun terakhir kami dapat duit raye. Tahun depan kalo adae rezeki giliran kami utk bagi pula.. malam tu je hampir RM80 ringgit.. huhu terharu... Malam tu, kemeriahan ditambah lagi dengan letupan bunga api.. ala-ala cam time sambut merdeka kat KLCC tu.. sngt meriah.. Hmm. Memori ni akan di kenang sampai bila-bila.. Dan tradisi berkumpul cucu cicit Mah Uda akan sentiasa dia lakukan sehingga kami masih lagi bergelar CUCU CICIT MAH UDA... Insyaallah...

0 comments: