CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Monday, September 28, 2009

Bangunan Baru, Padang Rosak...

Salam.. hari ni sy berkesempatan utk postkan isu ni.. Terkilan rase hati bila melihatkan beberapa keadaan yang berlaku di sekeliling. Berlaku depan mata sendiri.. Rumah sy bersebelahan dengan sekolah. Hari2 saya tengok perkara ni berlaku.. Ni baru permulaan, x tau la ape akan terjadi bila sampai penghujungnya...

Hmm padang sekolah... dulunya tempat berkumpul orang ramai melihat wayang gambar, bersukan, dan macam2 lagi..Setiap kali ada keramaian mesti kat padang sekolah, dan pernah juga padang sekolah menjadi bukti apabila Kampung Relong dinobatkan sebagai Johan bagi Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Pahang tahun 2005. Bangga betul masa tu.. Sbbnya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana usaha kami sebilangan lagi ahli jawatankuasa teknikal bagi gerak kerja untuk menyiapkan buku profil bagi Anugerah Desa Cemerlang tu ( Saya, Amin, Kakak Ija, Cdah, Tok Awie, Pak Busu Sahak, Kak ja, Lieya, Wady, Along Rizal , Abg. Upi , Angah dan Sila- sanggup tak tidur malam, berjaga menyiapkan data-data dan maklumat bagi Kampung Relong dalam tempoh dua minggu) .. Softcopy nya masih lagi dalam simpanan saya sekarang..

Mengenai apa yang berlaku sekarang, perlaksanaan projek bangunan baru bagi Sekolah Kebangsaan Relong.. Mmglah akan bagi keselesaan pada murid-murid akan datang untuk menuntut ilmu, tapi segala struktur binaan yang menjadi kenangan pada hampir semua penduduk kampung relong hilang begitu sahaja, Sudahlah bangunan lama dirobohkan, malah bukit berhampiran kantin sekolah juga ditarah sedikit demi sedikit.. Bagi saya, dulunya Sekolah Relong merupakan sekolah yang paling cantik dari segi struktur bangunannya. Tapi kini segalanya diubah.. Hmm yang menjadi lebih terkilannya bukan setakat bangunan, malah logo sekolah pun diubah... Kenapa la jadi begini sejak pentadbiran baru mengambil alih pengurusannya.. Semuanya adalah nilai sejarah..


Kenangan Sekolah Kebangsaan Relong 2003


Sekarang, bila projek berjalan, tiada lagi riuh rendah golongan belia main bola sepak waktu petang, kalau ada pun bola tampar, tu pun jarang2... Tak de lagi kemeriahan bersukan di Padang Sekolah Kebangsaan Relong, kadang-kadang umpama menggalakkan lagi golongan ini melepak tanpa melakukan sebarang aktiviti di waktu petang.. Sepanjang projek dilaksanakan, padang sekolah digunakan untuk mengangkut tanah dengan menggunakan lori.. Rosak padang jadinya..Bayangkanlah selama mana ianya akan dilaksanakan.. Hmm pikir2 kan lah...

Disini saya ada juga selitkan lagu sekolah kebangsaan relong yang diterjemahkan dari bahasa jepun kepada bahasa melayu sewaktu zaman jepun. Lagu ni saya dapat dari video yang dirakamkan sebelum bangunan kayu (warna merah) dirobohkan. Dalam video tersebut turut kelihatan Tn Hj Zahari Uda, Tn Hj Yusof Ibrahim, Dato’ Hj Hashim bin Idrus, Tn Hj Md Dahan bin Husin, Tn Hj Husin bin Mohamed, Tn Hj Ishak bin Mahudin, Tn Hj Mat, Tn Hj Md Ludin, En. Ishak bin Mohamed dan beberapa orang lagi.



Kampung Relong Sekolah Kampungnya Kita
Tempat Sembahyang Ilmu dan Cita-cita
Sebarang Kerja buat lah bersama
Itu jadi pedoman hidup kita
Mari mari sama-sama mara
Berpunca dari sekolah kita
Berkerja sama-sama ria
Kerana Negeri dan Bangsa kita

0 comments: