CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Friday, September 14, 2012

Luahan Hati Si Penganggur IPG

Assalamualaikum.. terima kasih buat mereka yang sudi membaca. Syukur atas nikmatNya kerana diberikan peluang membenarkan jari jemari menari.. 

Ya Tuhan, bertapa banyak ujian yg Engkau berikan.. Dan sesungguhnya ini lah ujian yg menandakan Engkau rindu untuk mendengar rintihan hambaMU. Kerdilnya diri ini untuk meminta bermacam nikmat di dunia ini.. Ya Rabb andailah ini ujian di atas segala kesalahan hambaMu ini . Redha kunci utama.

Menulis disini bukan tanda redha itu tiada, namun sekadar luahan hati dek kerana terlalu lama berehat tanpa mencari rezeki yang lain. Saya yakin dan sentiasa percaya rezeki Allah ada di mana-mana.. Tetapi kerana terikatnya penantian panggilan temuduga bagi bakal penjawat awam ini, sy akur dan tidak memohon mana-mana jawatan sementara di tempat lain.

Hari demi hari sejak akhir Januari lalu, penantian panggilan itu masih belum di terima, terpaksa memujuk hati sendiri, inilah ujian Allah. Bermacam jawapan dan alasan pihak berwajib itu.. Aduhai.. mengeluh juga..

Dan terkini berita yg dipetik dari Berita Harian, keputusan penempatan penganggur IPG akan di ketahui  28 September ini... semoga ada berita buat sy pengaggur IPG(KPLI jQAF) Sy akan  menanti dan terus menanti.. dan sy berharap semoga ada hikmah disebalik penantian ini.. Sabar..... indah nya nikmat sabar itu..

1 comments:

Bai'yah Husin said...

menanti dan terus menanti....:-),,hrp2 ade brita gmbira la..