Salam...Semoga pembaca semua berada dibawah lindungan Rahmat Yang Esa.. Syukur Ya Rabb.. kerna memberikan takdir ini.. memberikan jalan ini.. walaupun jalan yang saya selusuri ni, penuh liku dan dugaan.. saya yakin.. inilah yang terbaik buat saya.. dan Allah itu memberikan setiap dugaan itu hanya bersesuaian dengan kemampuan saya.. Thanks Allah.. benarlah.. kata orang tak semestinya setiap apa yang kita pilih tu semuanya salah.. Saya petik kisah ini sewaktu tutorial Ilmu Pendidikan di IPG baru-baru ini.. merupakan set induksi yang digunakan oleh pensyarah kami, bagi memberikan ruang kepada kami berfikir apakah yang akan disampaikan.. Kisah pendek tentang "Seorang Rakyat dan Raja". Hanya dongeng.. tetapi ada yang tersirat disebaliknya.. kisah nya begini....
Dalam sebuat negara, ada seorang Raja telah menganjurkan satu pertandingan. Dimana pertandingan itu boleh disertai oleh sesiapa sahaja. hadiah juga lumayan.. dan menarik.. Syarat pertandingan, peserta mesti menyerberangi sungai dan berdepan dengan beberapa ekor buaya didalam sungai.. Sesiapa yang memenangi akan mendapat pilihan untuk memilih hadiah.. iaitu pilihan pertama, berkahwin dengan puteri raja, pilihan kedua, sebidang tanah, dan ketiga menjadi laksamana di istana.. Bermula nya pertandingan, bermacam peserta yang menyertai.. namun semuanya gagal.. Dan tiba-tiba ada seorang rakyat jatuh di dalam sungai.. Namun dengan takdir Allah, beliau telah berjaya menyelamatkan diri dan berdepan dengan buaya-buaya tersebut. Beliau telah mendapat tepukan gemuruh dan serta merta di nobatkan sebagai pemenang... Maka tibalah masanya beliau dipanggil oleh Raja untuk memilih apakah hadiah yang boleh beliau akan perolehi.. Dan sesuatu yang sangat terkejut apabila Raja bertanya kepada Rakyat tersebut
"Wahai rakyat ku yang berani, apakah hadiah yang kamu ingini??? berkahwin dengan anak beta? harta sebidang tanah?dan menjadi laksamana di istana beta??? jawablah.. Beta akan tunai kan... " dan rakyat tersebut dengan penuh kesopanannya menjawab. "Ampunkan hamba tuanku.. Tidak ada satu pun yang hamba ingini.. yang hamba mahu............
(heheheheh) (teng teng teng).......... cube korang teka???
(heheheheh) (teng teng teng).......... cube korang teka???
............ yang hamba mahu, ... ampun kan hamba.. hamba hanya ingin tahu siapakah yang menolak hamba hingga hamba jatuh ke dalam sungai tersebut............
hikhikhik.... cerita dongeng ni, sedikit geli hati.. tapi ada makna yang tersirat.. benarlah pilihan rakyat itu... dia mencari siapa yang menolaknya.. pilihan nya tepat dan jawan nya tepat.. ini bererti benarlah
"SETIAP PILIHAN ITU TAK SEMESTI SEMUA NYA SALAH"
hikhikhik.... cerita dongeng ni, sedikit geli hati.. tapi ada makna yang tersirat.. benarlah pilihan rakyat itu... dia mencari siapa yang menolaknya.. pilihan nya tepat dan jawan nya tepat.. ini bererti benarlah
"SETIAP PILIHAN ITU TAK SEMESTI SEMUA NYA SALAH"
0 comments:
Post a Comment