CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Saturday, October 29, 2011

Dambakan HIDAYAH MU...

Salam... Indahnya perjalanan spritual itu dalam mencari CINTA ygang AGUNG dan SUCI dari NYA. YA ALLAH.. sy dambakan itu...

"Patutkah sesudah mengakui dan menerima perjanjian itu mereka mencari lain daripada agama Allah, padahal kepadaNYAlah tunduk taat sekalian makhluk yang ada dilangit dan bumi, samada dengan sukarela ataupun dengan terpaksa, dan kepadaNyalah kita di kembalikan.."
Ali Imran :83


Subhanallah.. sebak dan sayu sy membaca kisah-kisah mereka.. Satu nikmat dan anugerah buat mereka, dikurniakan hidayah dan kemanisan yang tak semua orang lain nikmati.. Subhanallah.. Akhirnya Ku temui CINTA Mu..lalu aku aku memeluk Islam.. Sungguh sy tak boleh menahan air mata ini... Kita yg sudah azali di lahirkan Islam ini pun tak pernah merasai nikmat yg sebegitu.. Namun tetap bersyukur kerana dilahirkan ISLAM.. Alhamdulillah.. Allah memilih kita ke jalanNya..

Saya petik satu kisah terkini.. 2009 seorang hamba yang dilahirkan dalam agama bukan Islam itu telah memerintah dan melarang seluruh negara dibawah kepimpinannya mendirikan masjid.. hal yang demikian kerana telah mengganggu identiti dan sosialis negara berkenaan. Streich, seorang pemimpin Switzerland telah mengkaji helaian demi helaian terjemahan Al-Quran bagi membolehkan beliau menyerang dan mencerca agama Islam.. Namun sesuatu diluar jangkaan dunia dan arena Politik Switzerland apabila Januari 2010 Streich memeluk ISLAM!!! Subhanallah.. Jawapan yg telah diberikan itu hanyalah "kerna melalui kajian itu, sy menemui jawapan-jawapan benar dan logik yang tidak ditemuinya didalam agama sy terdahulu" kata Streich.... Ya Allah ternyata Cinta Mu itu dan kebenaran Islam itu tidak mampu dihalang oleh apa sekali pun.

Dan, adalagi kisah menarik... Mike Tyson seorang peninju yg terkenal dia arena 80an.. Sejujurnya sekali pun sukan tinju dan gusti ini adalah ganas dan tidak sesuai ditonton oleh golongan wanita, sy meminatinya kerana penuh dengan drama dan logiknya. Mike Tyson pernah mengalahkan Trevor Berbick dan menyebabkan dia adalah peninju termuda yang menjuarai sukan itu. Di zaman kegemilangannya beliau di gelar Iron Mike. Namun zaman kegemilangannya berakhir dengan dipenjara kerana Tyson telah merogol seorang bekas peserta ratu cantik kulit hitam. Hukuman penjara selama 6 tahun itu bermula 1992, dan kejatuhan karier nya itu serta tekanan emosi telah memberikan suatu impak yang besar dalam dirinya buat selama lamanya. Betullah CINTA datang tanpa diduga dan sukar difahami.. Mike Tyson @ Malek Abdul Aziz.. Tak siapa yang menyangka, seoarang yang ganas dan angkuh, akhirnya tunduk dan mengaku lemah serta sujud kepada Allah dalam linangan air mata. Dan sesuatu yg sy sukai apabila dia mengatakan tidak takut dengan sesiapa, senjata api dan sebagainya melainkan Allah. dan yang menyebabkan air mata sy tidak tertahan-tahan.. apabila membaca petikan kata-kata Tyson, "Tidak ada KEBENCIAN dalam ISLAM"...

Ya Allah kekalkan lah dalam hati ini mencintaiMu selamanya.... Kerana apa jua yg diakui terbaik didunia ni tak dapat mengalahkanMu sekalipun Emak dan Ayah.. Maha Suci Allah.. Allahuakbar... Saya masih disini :)

0 comments: