Salam.. Masih di dalam baraqah Syawal... bulan kemenangan wat sume umat Islam didunia... Menghayati Ramadhan dengan penuh makna.. Pasti kita akan merindui keindahan dan nikmatNya... InsyaAllah...
Alhamdulillah.. sujud Syukur si ibu di penghujung Ramadhan kerana mensyukuri jalinan kasih antara anak-anak tersayang semakin kukuh.. Saya menitiskan air mata melihat kegembiraan di wajah jernih si ibu.. Mak kerana sabar mu, anak-anak makin dekat dengan mu.... Alhamdulillah.. Makin erat dan takkan pernah putus kasih ini hingga hujung nyawa sekalipun... Dipenghujung Ramadhan lepas kami anak-anak masing-masing bertungkus lumus memastikan segala persiapan Hari Raya berjalan dengan lancar dan taratur... Masing-msing dengan lemang, rendang, kuih muih kek dan segala disiapkan sebelum mlm raya...
Pastinya suatu yg meriah dan dah menjadi adat buat kami sekeluarga 2 malam terakhir Ramadhan berkumpul bersama-sama dengan seluruh ahli keluarga menikmati hidangan berkongsi cerita dan sebagainya.. Tahun ini adalah tahun yg paling gembira buat sy.. Dalam banyak hal sy bersyukur dengan apa yang di takdirkan Allah... Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah..
Makan dan solat berjemaah menjadi suatu kemestian buat kami ahli keluarga.. sejak kecil lagi diterapkan begini... Alhamdulillah.. sehingga ke hari ini... Kami sekeluarga amat lali dengan suasana "borak2 gelak"... (special post to Kakak, Kak Long, Kak Ngah & Cik Lieya).. mendalam maksudnya kan.. hikhik... suasana ni menjadikan kami lebih utuh... Alhamdulillah... syukur ya Rabb...
Syawal dinanti dengan penuh kesabaran.. Ramadhan di akhiri dengan penuh rasa syukur.. bersyukur dikurniakan keluarga yg bahagia.. baik di sebelah mak, mahupun ayah.. kedua-belah keluarga besar ini menjadi kan sy sentiasa mengutamakan keluarga dari hal-hal yg lain.. keluarga segalanya buat sy.. A kata mereka A lah kata sy.. Sejauh mana pun sy melangkah, sehebat mana pun sy berdiri, mereka tetap dihati... Nasihat tentang bekalan hidup menjadi suatu perkara yg wajib didengar apetah lagi soal jodoh.. bg sy biarlah mereka yg memberikan pendapat.. keserasian antara mereka lebih penting.. seeloknya dihadirkan cinta selepas berkahwin buat sy kelak.. InsyaAllah..
Seperti biasa malam raya lagi rumah dan halaman kami dipenuhi kaum Adam, menunaikan kewajipan membayar zakat kpd seorang AMIL yg dah lama, berpuluh tahun menjalankan tanggungjawab itu apabila tibanya Ramadhan.. itulah AYAH..Tahun ni ayah dan emak berkeinginan menjamu orang ramai dengan Satay, nasi impit lemang dan sebagainya.. kebiasaannya di selang seli dengan BBQ.. menjadi suatu kemestian juga buat rakan2 abang2 sy berkumpul berkongsi cerita di anjung rumah sehingga jam menunjukkan pukul 1pg.. dan juga seperti biasa si adik bongsu sy yang dah berusia 21 akan membawa giliran bersama rakan2nya bertakbir bertahmid memuji nama Allah.. sungguh meriah setiap tahun... Alhamdulillah..
Dan suatu kewajipan buat keluarga besar sebelah emak berkumpul dipagi raya dirumah kami..Keluarga Hamsiah Bakar & Akher bin Leman. Sihat si ibu ini berjumpa dengan ahli keluarga nya.. Tak menang tangan sy dibuatnya tahun ni.. ketiadaan bibik menyebabkan sy sedikit keletihan di dapur.. mujur kakak dan kedua-dua ipar sy berhari raya di rumah mak tahun ini.. Alhamdulillah.. mengeratkan jalinan kasih antara keluarga besar mak dipagi raya sangat kami syukuri..
Di malam raya kedua!!! Perkara wajib hadir.. Perjumpaan keluarga besar ayah.. Hj Uda & Hjh Mah.. Tahun ni berkumpul di rumah bapa saudara saya (Busu).. Permulaannya dengan ucapan ringkas oleh seorang cucu lelaki sulung ( Abg Mi) di ikuti dengan Tahlil.. Kemudian ucapan ringkas wakil bapa saudara (tahun ni ayah yg bagi ucapan), kemudian mkn2 (nasi dagang + satay lagi.. hehehe)... pastu acara pemberian hadiah buat semua pakcik dan makcik.. (tahun ni mereka dpt sepasang baju lagi) hasil kutipan dari anak-anak buah yang berkerjaya.. seterusnya, giliran mereka yg berkerjaya beratur dan menghulurkan duit raya buat semua anak-anak buah.. tahun kedua sy menjadi golongan pemberi.. dan di akhir skali, pertunjukkan bunga api. berdas2 diletupkan.. mewarnai langit hitam.. kemeriahan turut dirasai seluruh org kampung, keluar melihat bunga api di langit... Sungguh!! sy JANJI xkan pernah meninggalkan kasih ini...
0 comments:
Post a Comment