CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Monday, September 12, 2011

Memotivasi dan Dimotivasikan

Salam.. Dengan penuh rasa syukur dan nikmat Iman Islam dan Ihsan... Memikir mendalami, mengurai mengupas, berkongsi, bertukar pandangan dan meleraikan satu kekusutan.. Itulah sebuah bentuk perbincangan atau perkongsian maklumat antara manusia dan manusia..

Entry kali ni sy mengimbas sejenak keadaan sy tatkala sy berseorangan di bilik jQAF petang kelmarin.. Bukan sebab kerana suka bersendirian atau tidak suka bercampur dengan senior-senior sy di sekolah.. Tetapi sy sememangnya senang dan selesa dengan suasana itu.. Menyendiri, menyiapkan kerja, mengisi data dan markah perkembangan murid.. Tugas yg dipikul ini sememangnya berat.. Sebelum sy menjadi seorang guru pun sy sering mengatakan tugas guru adalah paling senang... haishh!!! salah tanggapan tu.. sebenarnya tu yg paling berat.. memanusiakan manusia ini . Proses meminatkan pelajar untuk belajar juga seringkali menguji sejauh mana kemampuan seorang guru...

Berbalik kpd situasi itu, sy didatangi oleh seorang ustaz.. sy kategorikan dia sebagai seorang mentor dan kaunselor peribadi sy.. Banyak yg sy berkongsi dengannya.. Soal kehidupan, soal hati, soal pengisian jiwa dan sebagainya... Keakraban kami seperti adik dan seorang abg.. Yang banyak menasihati sy dlm kehidupan ni... Hampir setiap hari sy akan mendengar kulliyah free nya... seronok, byk pengalaman..dan ketika sy ditimpa musibah mengenai hati suatu ketika dulu pun dia doktor cinta sy... Topik yg menarik antara sy dengannya baru-baru ini.. KHIDMAT, BAKTI dan TANGGUNGJAWAB..... Beza antara ketiga-tiga itu...

Pada awalnya seperti biasa dia akan menyuruh sy mengupas dahulu dan dipertengahan itu dia akan ulas dan kesimpulannya sy yg akan menyimpulkannya... Begitu lah setiap kali kami berbincang, dia akan memastikan sy memahami apa yg di bincangkan.. Kadang-kadang bersyukurnya sy, sebab Allah sy sentiasa memberikan sy peluang utk baiki diri dengan cara-cara begini.. Melalui pengalaman org-org terdekat ini sy kutip utk dijadikan sebagai lampu suluh saat sy menyelusuri kegelapan malam...

Antara Bakti Khidmat dan Tanggungjawab... Nampak bunyi seperti sama maksud, tetapi sebenarnya berbeza.. Bakti merupakan suatu perbuatan yang menunjukkan setia memperhambakan diri melakukan perkara contohnya :-menggunakan segenap tenaga berbakti kepada orang tua, agamanya dan juga masyarakat.

Tanggungjawab :- suatu keadaan wajib bagi menanggung sesuatu. Merupakan suatu yang mesti buat, dan telah digalas pada seseorang. dan Akhir sekali Khidmat :- mengabdikan diri merelakan sesuatu perbuatan dan ikhlas melakukan perkara itu tidak kira demi agama bangsa dan orang tersayang...

Hehehehehe ... sebenarnya disebalik kupasan ini ustaz ni menasihati saya.. walaupun dalam berumahtangga ada tanggungjawab yang harus dipikul oleh seorang isteri, lakukanlah ia sebagai salah satu khidmat, kerana ikhlasnya khidmat ini dapat dipamerkan melaui dari apa yg kita lakukan.. hehehehe maka dengan sendirinya bakti kepada suami itu dapat diselesaikan dengan penuh rasa tanggungjawab.. ~~~ Apa-apa pun REDHA ALLAH itu sentiasa mengiringi... InsyaAllah... :)

0 comments: