Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan.
Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu Abu Salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut. Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yg dicari, maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.
Tatkala melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon tersebut bahawa Abu Salleh adalah seorang pemuda yg wara’. Pemilik pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yg amat disegani di kawasan itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal Abu Salleh pun bersetuju dgn syarat tersebut.
Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa dgn Syeikh Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd Abu Salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya beliau menikahi puterinya, seorang yg digambarkan sbg lumpuh, buta, tuli dan bisu.
Apabila memikirkan balasan yg bakal diterima di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan daripada Syeikh Abdullah, Abu Salleh redha dan bersetuju menikahi Puteri Syeikh Abdullah.
Pd malam pernikahan tersebut, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kpd isterinya. Melihatkan seorang wanita yg cantik berada dlm bilik itu, Abu Salleh segera beredar keluar menuju ketmpat Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yang menceroboh masuk ke kamar tindurnya. Syeikh Abdullah tersenyum sendiri dan berkata...
":Wahai Abu Salleh.. mmg itulah isterimu, yakni puetriku.. Ummu Khair Fatimah.. Ku katakan dia lumpuh krn dia tdk pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta krn tidak pernah melihat perkara haram, tuli krn tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah berkata perkara yang sia-sia..."
Bersyukurlah Abu Salleh itu, atas anugerah yg tak terhingga, hikmah daripada sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT keatas dirinya. Hasil drpd perkahwinan pasangan soleh ini maka lahirlah seorang wali Allah yg amat masyhur dr keturuna Rasulullah SAW yg bernama Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau dikenali dgn gelaran "MAHYUDDIN" bermaksud "Yang Menghidupkan Agama"
~~Ya Allah lindungilah hambaMu ini agar menjaga diri seperti Puteri Syeikh Abdullah itu.. tidak digambarkan secantik bidadari Syurga pada zahirnya, akan tetapi secantik dan semulia akhlak Siti Fatimah Az Zahra' Puteri Rasulullah...~~ Amin...
3 comments:
cinta dunia membuatkan kita alpa,
cinta dunia membuat kite lupa,
cinta dunia membuat kita lupa.
bila hati dirasuk nafsu sendiri
sering terlupa pendirian diri.
-ika-
*peringatan unuk diri sndri sebenanrnye.kadang2 tau mende tu salah,tapi nak jugak buat. :(
*cinta dunia buat kita leka
yup.. betul ika.. akak stuju sgt.. kdg2 kita lupa yg sume tu pnjaman Allah je... huhuhuhu
Post a Comment