CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Monday, August 1, 2011

The Best BIG

Salam.... Salam ukhwah didalam keberkatan Ramadhan.. Moga kita semua terus bersemangat menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah wajib disampingnya.. Ramadhan kali ini, sy cukup teruja.. Mengejar CINTA dari NYA... "Ya Allah andai Engkau telah tetapkan hanya CINTA MU sahaja yang dapat ku dambarkan, Sesungguhnya aku lah hambaMU yang paing bersyukur atas rahmat dan nikmat Mu itu..." Buat semua umat Islam di seluruh dunia... sy mendoakan agar kita semua dapat menyempurnakan ibadah ini sebaik mungkin InsyaAllah...

Seminggu lepas sy meninggalkan dunia yg penuh dengan warna warni tanpa menyedari yang sebenarnya dihujung hiruk pikuk manusia, terdapat sebuah keindahan yang pastinya belum semua orang temui.. Alhamdulillah sekali lagi.. diberikan peluang menikmati pemandangan alam ciptaanMu Ya Allah.. Subhanallah.. Cantik!!! Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang Terengganu.. Pemandangan Hutan yang tebal menyebabkan sy asyik dengannya.. sungguh menakjubkan... 4 hari 3 malam di Hutan Simpanan Sekayu.. Menyimpan sebuah cerita suka dan duka bagi Perserta Program Bina Insan Guru~Guru-guru KPLI-jQAF ambilan Jan 2011 (group 2)..

Bermacam aktiviti, kongsi segala pengalaman, segala kemahiran, segala suara, segala tenaga... Jujur sy akui hati sy pernah berbelah bahagi seperti mana post sy yang terdahulu.. "HATI ANTARA DUA".. Namun setelah sy lalui kepahitan dan kemanisan itu, dan... inilah yg saya ingin katakan, tidak sedikit pun rase menyesal terlintas dihati andai sy tidak ke KEM Motivasi di TOK BALI.. dan sy akan rasa lebih menyesal sekiranya sy tidak pergi ke Taman Pertanian ini... Begitu meninggalkan sejuta kemanisan.. Andai diberikan peluang untuk kesana lagi, InsyaAllah jawapan Ya!!! penuh kepastian itu yang akan sy berikan...

Pengalaman memanjat bukit Hutan Simpanan Taman Pertanian Sekayu ini memang mencabar..Dari dulu lagi aktviti lasak menjadi pilihan sy, tetapi sejak menyimpan sedikit "lebihan2" di badan ini menyebabkan sy rasa malas!! heheheh.. Dan setelah sy melaluinya semula insyaAllah ianya akan sy jadikan sebagai hobi pada masa akan datang..TEKAD!! 7 jam Perjalanan didalam hutan.. Melalui kesukaran memanjat kaki bukit hingga ke air terjun Sekayu tingkat ke 4... Curam bukit yang terlalu bahaya.. Lutut bertemu dagu sewaktu mendaki.. Subhanallah... Pelbagai bentuk ciptaanMu.. Tidak merasai sedikit kepenatan... Malah sy terlalu asyik dengan keindahan ALAM SEMULA JADI.. Suatu perkara lagi, tiada seekor pacat dan lintah pun yang melekat ditubuh sy seperti mana rakan-rakan lain.. Menjerit bagaikan terjumpa sang ular, rupanya hanya seekor pacat.. heheheh.. pengalaman juga buat mereka...

Keesokan harinya kami diajar cara menggunakan Jaket Keselamatan (BA) dan "water confident" di Tasik Taman Pertanian Sekayu ini.. Kedalaman tasik sedalam 40 kaki ini menyebabkan ramai peserta yang pada mulanya hampir menangis, namun hanya5 minit berada didalam air, suasana bertukar dari suara jeritan2 peserta kepada arahan Kem Komandan... Bagi sy ini adalah pengalaman ke tiga menjalani aktviti air ini.. dengan sedikit pengalaman itu sy boleh membantu rakan-rakan lain yg masih "baru" dengan suasana ini... dari pukul 8 pagi hingga 2 ptg berada didalam air... seharusnya urat-urat menjadi kecut... Sewaktu jam 2 ptg itu sy terasa seperti sedikit kemabukan... ngeeee~~~ mungkin terlalu lama berendam.. Namun Alhamdulillah tidak memudaratkan..

Andai ditanya dimana cinta sy kini, akan sy berikan jawapan yg pasti itu "SEGALA KEINDAHAN, SEGALA KEMANISAN, SEGALA RASA SAYANG AKAN KELUARGA DAN KERJAYA~~ ITULAH CINTA SAYA"

0 comments: