Salam... Selamat Pagi.. Moga masih dibawah limpahan barakah Allah lagi.. Amin Ya Rabb... Mendewasakan hari-hari ini dengan pelbagai dugaan dan mehnahNya.. Saya menyelusuri sendiri.. Mungkin juga diiringi doa-doa dari orang tersayang yang dimakbulkan Allah... Impian utk menjadi yang terbaik dikalangan terbaik... Saya impikan itu sejak dulu lagi.. Saya selalu luahkan pada Mak, doakan saya jadi anak yang baik.. Dan saya sendiri memohon itu dari Nya.. Sentiasa memohon sehingga saat ini.. Mudah-mudahan dimakbulkan Allah..
Dalam pelbagai jalan yang saya tempuhi pelbagai juga kerenah yang saya temui, kadang-kadang sehingga hampir mematahkan semangat saya... Namun, saya tekad dan gagahi jua agar ianya tiba di matlamat yang ingin dicapai.. Alhamdulillah.. Saya masih bersyukur kerana punya hati sebegini.. Saya cepat memaafkan.. Masih ingat lagi peristiwa ketika saya ditahun pertama pengajian di KUIS.. Ada sedikit salah faham antara dua buah kelas Syariah dgn Undang2 itu.. Sehingga menyebabkan saya dan seorang "abg sulung" kami terpaksa bangun untuk menjadi orang tengah dan menjawab segala persoalan.. Saya tak tahu kenapa ketika itu hati cepat memaafkan sedangkan pelbagai kata-kata yang tidak baik dilemparkan kepada kami.. Situasi memaafkan itu telah mendapatkan sedikit komen dari rakan-rakan disebelah pihak saya.. " "Adah cepat sangat mengalah, patutnya teruskan sahaja debat tadi, jangan terus memaafkan, banyak perkara yang kita disakiti"... Tersenyum sendiri saya... Alhamdulillah dengan memaafkan itu, inilah hasilnya.. ukhwah yang dibina sehingga ke tahun akhir sentiasa kukuh dan utuh.. Alhamdulillah.. Syukran YaRabb..
Sehingga saat ini lagi dan sehingga seterusnya saya akan terus berdoa agar saya sentiasa menjadi pemaaf.. Cepat sejuk.. Agar tiada sengketa dikemudian hari.. Baik dengan rakan-rakan mahupun ahli keluarga atau juga dia yang bernama kekasih hati kelak.. Pemaaf bukan bererti saya mendiamkan diri dan memendam perasaan.. Tapi banyak yang saya pelajari dari sebuah petikan dan kata-kata ini ~~
~
" Belajarlah untuk selalu menulis di atas
pasir untuk semua hal yang menyakitkan dan selalu mengukir di atas batu untuk semua kebaikan"
>_<
0 comments:
Post a Comment