CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Tuesday, June 28, 2011

Hanya kerana ALLAH

Saling mencintailah hanya kerana Allah,
Saling menyayangilah hanya kerana Allah,
Saling membahagiakanlah hanya kerana Allah,
kerana Allah lah yang dapat menumbuhkan rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan itu..

Sunday, June 26, 2011

Pengubat RINDU

Salam... Sunyi itu hanya suatu perasaan, hanya suatu gangguan hati.. Kadang-kadang kita rosak hati bila terlalu memikirkan sunyi itu.. Saya akui, bila saya sunyi saya rindu, rindu pada semua orang yang selalu menceriakan saya... Rindu pada gurauan-gurauan, rindu pada gelak tawa.. Sememangnya R.I.N.D.U. .... dan Rindu itulah menyebabkan kita berfikir sesuatu diluar jangkaannya...

Tak kira rindu pada ape pun, untuk hilangkannya, sy suka dengan hobi saya, membawa diri ke suatu tempat.. Ditemani sang periuk, sudu, senduk, gelas, pinggan, bawang, cili, tempoyak, ikan, asam, sawi, lobak, garam, gula dan sebagainya... Saya rasa teruja dengan "mereka" ini.. Macam-macam perkara yg boleh lakukan dengan memetik suiz dapur.. Ikutkan rase yang sendiri punya suka.. hikhikhik...

Bila tekak rase ala-ala kampung, sambal ikan bilis tempoyak, ikan patin atau tenggiri masak asam tempoyak, sambal hitam (belimbing rebus), gulai lemak pucuk ubi masak cili padi dan macam-macam lagi.. Kalau tibe-tibe rsa nak makan benda berkuah, saya suka masak mi sup, tom yam dan pencuci mulut pudin cocktail.. Agak-agak nak makan western saya akan cuba masakan-masakan seperti makaroni, spagheti.. sedap x sedap tu lain kira. Yang penting saya cuba.. :)... setiap kali masak mesti bagi orang sebelah sikit.. heheh sebabnya tinggal berdua, mana la nak habis.. Nak masak sikit x berbaloi, wat rugi gas jer.. kuikuikui..

Ape-ape pun, sebenarnya dengan merajinkan diri ke dapur ni adalah satu latihan agar tidak kekok bila melangkah ke alam rumahtangga.. Tak kira la buat siapa-siapa sekali pun lelaki atau perempuan.. Tetapi yang lebih utamanya kaum hawa lah.. sinonim dengan masakan. Bagi saya sesuatu yg memalukan jika lelaki yang mendahului kepakaran dalam masakan.. Oleh itu, sehebat manapun, sebijak manapun, ilmu di dapur jangan lah di pandang remeh.. Perut sang lelaki harus dijaga dengan air tangan wanita itu sendiri :) Dan setiap kali sy memasak gulai tempoyak ikan patin, pasti sy akan merindui sesorang yg pernah merasai masakan tersebut dgn air tangan sy sendiri..

Wednesday, June 22, 2011

Melewati angka 26 tahun...

Salam... Salam lembaran sejuta kasih dari saya buat semua... Alhamdulillah masih lagi diberi nafas dan dipanjangkan usia menghirup segala kenikmatan kurniaan Allah ini.. Alhamdulillah.. Melewati usia 26 tahun.. Bersyukur, apa yang diimpikan tentang cita-cita dari kecil ini tercapai... Syukur Ya Tuhan.. Saya punyai kerjaya yang sememangnya saya ingin capai dari dulu lagi.. Berterima kasih kepada orang-orang tersayang Mak Ayah dan orang-orang lain disekeliling kerana banyak mendewasakan saya... Mengenal erti pengorbanan, saya selusuri bersama doa-doa mereka.. Syukur dan sentiasa bersyukur.. Apa lagi yang boleh dikatakan selain ucapan terima kasih...

Juga terima kasih yang tak terhingga buat abg-abg, kakak-kakak, adik-adik, pakcik makcik dan seluruhnya atas ucapan Selamat Hari Lahir di laman-laman sosial facebook, yahoo messenger, mms, sms dan sebagainya... terima kasih atas doa-doa kalian.. dan saya mengAminkannya dengan penuh rasa terharu... Amin Ya Allah...


Monday, June 20, 2011

Sigma - Istikharah Cinta + Lirik Lagu


Ya Allah berikanlah petunjuk di bawah limpahan RahmatMu.. Amin.....

IsTiKhaRah CiNtA

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

Sunday, June 19, 2011

Doakan Saya Ya!!

Salam.. Selamat Malam Sayang-sayang... Moga kita semua dapat menghirup udara nyaman yang segar dan penuh rahmat Allah ini.. Alhamdulillah... Perjalanan saya sebagai pendidik baru saja melewati usia 5 bulan.. Syukur Ya Tuhan.. memberikan jalan yang penuh dengan pelbagai cabaran memanusiakan manusia ini... Mereka adalah kekuatan saya, berdiri disini tanpa keluarga disisi...

Tatkala melewati usia 26 tahun, saya merasai betapa besarnya harapan orang tua... Namun tangisan mak ketika melepaskan saya di tangga rumah untuk perjalanan yang saya belum pasti ditempat orang cukup menggambrkan betapa sebenarnya dia bangga dengan keputusan saya untuk menjadi pendidik ini.. Juga kasih dan kerisauan sang ayah ketika menghantar saya dibumi Cik Siti Wan Kembang ini benar-benar menguji kesabarannya melepaskan saya seorang anak perempuan jauh dari mereka... Sebak dan rasa tak sanggup memandang wajah itu... Ya Allah sesungguhnya Engkau telah berikan yang terbaik buat saya dan orang tua saya.. Terima Kasih buat mereka kekasih hati saya yang bernama EMAK dan Ayah... Kalian segalanya.... Rindu pada kalian tiada tandingnya..

Saat begini terlalu rindu pada mereka.. Saat-saat saya kebingungan dengan ujian dan cabaran yang menimpa.. SAYA RINDU!!! Saya rindu belaian seorang ibu saat-saat anaknya ditimpa sesuatu yang tak di ingini... Cuaca hujan panas hujan panas disini, menyebabkan kesihatan yang baik juga tak dapat dikawal.. Oleh itu, pendekatan yang terbaik, mengelakkan diri untuk tidak keluar selalu.. Tamat waktu persekolahan saya masuk rumah dan tak akan keluar selagi tidak temui hari esok.. Puteri Lilin betul!!! hikhik.. untuk kebaikan hari yang mendatang... doakan saya ya!!! Amin Ya Robb.. >_<

Friday, June 17, 2011

Hati Cepat Sejuk

Salam... Selamat Pagi.. Moga masih dibawah limpahan barakah Allah lagi.. Amin Ya Rabb... Mendewasakan hari-hari ini dengan pelbagai dugaan dan mehnahNya.. Saya menyelusuri sendiri.. Mungkin juga diiringi doa-doa dari orang tersayang yang dimakbulkan Allah... Impian utk menjadi yang terbaik dikalangan terbaik... Saya impikan itu sejak dulu lagi.. Saya selalu luahkan pada Mak, doakan saya jadi anak yang baik.. Dan saya sendiri memohon itu dari Nya.. Sentiasa memohon sehingga saat ini.. Mudah-mudahan dimakbulkan Allah..


Dalam pelbagai jalan yang saya tempuhi pelbagai juga kerenah yang saya temui, kadang-kadang sehingga hampir mematahkan semangat saya... Namun, saya tekad dan gagahi jua agar ianya tiba di matlamat yang ingin dicapai.. Alhamdulillah.. Saya masih bersyukur kerana punya hati sebegini.. Saya cepat memaafkan.. Masih ingat lagi peristiwa ketika saya ditahun pertama pengajian di KUIS.. Ada sedikit salah faham antara dua buah kelas Syariah dgn Undang2 itu.. Sehingga menyebabkan saya dan seorang "abg sulung" kami terpaksa bangun untuk menjadi orang tengah dan menjawab segala persoalan.. Saya tak tahu kenapa ketika itu hati cepat memaafkan sedangkan pelbagai kata-kata yang tidak baik dilemparkan kepada kami.. Situasi memaafkan itu telah mendapatkan sedikit komen dari rakan-rakan disebelah pihak saya.. " "Adah cepat sangat mengalah, patutnya teruskan sahaja debat tadi, jangan terus memaafkan, banyak perkara yang kita disakiti"... Tersenyum sendiri saya... Alhamdulillah dengan memaafkan itu, inilah hasilnya.. ukhwah yang dibina sehingga ke tahun akhir sentiasa kukuh dan utuh.. Alhamdulillah.. Syukran YaRabb..

Sehingga saat ini lagi dan sehingga seterusnya saya akan terus berdoa agar saya sentiasa menjadi pemaaf.. Cepat sejuk.. Agar tiada sengketa dikemudian hari.. Baik dengan rakan-rakan mahupun ahli keluarga atau juga dia yang bernama kekasih hati kelak.. Pemaaf bukan bererti saya mendiamkan diri dan memendam perasaan.. Tapi banyak yang saya pelajari dari sebuah petikan dan kata-kata ini ~~
~

" Belajarlah untuk selalu menulis di atas
pasir untuk semua hal yang menyakitkan dan selalu mengukir di atas batu untuk semua kebaikan"


>_<

Andai Lelaki Tahu dan Terus Memahami....

Salam..Dah lama saya nak sy nak kongsi sesuatu disini.. tapi dek kerana masa yang kurang menyebabkan entry ini tidak dipostkan, sehinggalah tiba saat pada hari ini.. "Andai Lelaki Tahu dan Terus Memahami".. Sekadar mengulas tentang luahan-luahan hati wanita-wanita.. Yup dulu, saat saya terlalu asyik dengan cinta dunia, sy juga sedemikian.. mengharapkan perhatian sepenuhnya seorang yang bergelar lelaki..

Disini saya uploadkan juga luahan itu.. yang saya petik dari web ini

Andainya lelaki tahu, dalam hati seorang perempuan
Ada naluri untuk di sayangi,
Ada rasa untuk di beri perhatian,
Ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
Ada waktu-waktu minta di temani kesedihannya,
Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk,
Marah seorang perempuan perlu di dekati,
Sedih seorang perempuan perlu di dengari,
Gembira seorang perempuan ingin di kongsi,
Andai lelaki tahu di sebalik seribu satu rasa itu
Ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk di manjai,
Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,
Kerana andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu di hati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran
Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata2

Begitulah hati dan perasaan wanita.. Yang terlalu lembut dan ingin diberikan perhatian.. Yup dulu saya akui saya sememangnya begitu.. Sehingga salah satu sebab kegagalan itu adalah menganggap "yang berkenaan " kurang memberi perhatian.. Sedangkan diri ini terlalu manja.. Alhamdulillah.. saya cuba dan akan terus memperbaiki agar tidak lagi seperti itu.. Sentiasa meredhai akan ketentuan yang Allah telah aturkan InsyaAllah.. Saya berjanji pada hati, seandainya masih lagi bersisa ruang itu sesorang melekat dihati, keutamaannya adalah mendahulukan cinta kepada Allah.. Itu adalah yang terbaik.. Saya senang dengan cara itu, tidak menaburkan janji-janji manis pada hati selagi ianya belum pasti.. InsyaAllah.. >_<

Monday, June 13, 2011

Selamat Hari Lahir...

Salam... Salam penuh kasih sayang dari saya.. semakin hari semakin ceria melalui kedewasaan ini sebagai seorang hamba.. Moga dipermudahkan dalam setiap urusan menjadi hambaMu.. InsyaAllah.. Dalam barakah ini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat ulangtahun buat seseorang... seseorang yang hadir dalam hidup saya dengan izinNya.. Yang mengajar saya erti rindu dan kasih tidak melebihi batasnya.. Ya, saya senang dengan cara itu.. Tidak mengharapkan apa-apa pada sesuatu yang belum pasti.. Namun sentiasa patuh pada galakkan Rasulullah itu sendiri, tatkala Baginda bertanyakan kepada Hazrad Rabi'ah, apakah yang kamu inginkan (setelah Baginda berpuas hati dengan perkhidmatan Hazrad).. Hazrad menyuarakan ingin ke syurga bersama-sama Rasulullah.. Dan sabda Baginda " Marilah bersama-sama ku bersujud, memohon kepadaNya".. Oleh itu, sewajarnya sujud dan doa dari diri sendiri itu adalah lebih penting dan moga2 di makbulkan.. InsyaAllah.. Dan untuk si dia.. saya sentiasa mendoakan agar perhubungan ini berkekalan, setidak2nya untuk hubungan kita sebagai saudara seIslam...semoga setiap apa yang kita lalui kini di iringi dengan Rahmat Allah.. InsyaAllah..

AWAN BERARAK CERIA....

TIADA TITIS HUJAN ...

POHON MELAMBAI

TANDA SOKONGAN...

KUSUSURI PERJALANAN...

BERTEMANKAN SENYUMAN...

DI HARI LAHIR MU...

KEKASIH KU... DEDAUN BEGUGURAN....

MENITIKAN KEDEWASAAN...

WALAU TANPA MATA & HATI BERTENTANGAN

NAMUN CUKUP UNTUK KU… SEGAR DAN UCAPAN SELAMAT HARI LAHIR.... IRINGAN DOA KU HULUR....

BERSYUKUR KEPADANYA...

ATAS NIKMAT USIA...

USIA MU IBARAT MUTIARA...

TIADA BERGANTI LAGI...

HIASKAN IMAN BERSULAM TAQWA...

AGAR SEMPAT MENGUCUP...

HARUMAN SYURGAWI...

INSYAALLAH...



Sunday, June 12, 2011

Special Choco To You Cik Jaw

Salam.. Buat Cik Jaw... Hehehe.. sekadar gambar jer.. sbb ape yg adik idam tu rosak dengan ciuman encik semut.. manis sgt cam adik kot.. hik3.. Picture kat bawah ni sebenarnya akak snap 1 hari sebelum nak kirim pada Mr Paku tu. Sekali, akak call dia, dia dah ade kat Kuantan.. huhuh.. sampai ati betoi dia.. Sian plak adik akak ni.. xdpt rase choco ni.. Tak pe, InsyaAllah lain kali akak tempah lagi.. Special utk adik... Akak bagi sendiri, kite date kat Lipis.. kui3.. Moga2 ada cuti lagi.. Amin.... Ape2 pun maafkan akak ye.. >_<