Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, seperti sabdanya “Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.” (riwayat al-Darimi).
Allah SWT menjelaskan kecintaan dan keprihatinan Baginda ini melalui firman-Nya dalam suray al-Taubah ayat 128. Malah Rasulullah pernah bersabda: ''Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu.'' (riwayat Bukhari dan Muslim).
Rasulullah adalah duta Allah SWT bagi menyampaikan mesej kasih sayang, dan Baginda telah pun melaksanakan amanah tersebut dengan sempurna. Kasih sayang itu telah pun diterjemahkan dalam segala perbuatan dan perkataan Baginda.
Rasulullah SAW menghulurkan kasih sayangnya, tanpa mengira warna kulit dan agama seseorang, hatta benda-benda tidak bernyawa mengecapi nikmat cinta Baginda. Baginda SAW sentiasa menyuruh bersifat belas dan kasih dan membenci kekerasan dan kekasaran.
Namun begitu saya cukup mengagumi CINTA RASULULLAH ini terhadap isteri-isteri Baginda terutama Siti Khadijah r.a.. Sangat besar rasa Cinta Rasulullah kpd Siti Khadijah.. Sehinggakan pada hakikatnya, cinta itu melebih cintanya kepada Aisyah r.a. Dan telah melahirkan rasa cemburu di hati Aisyah, menurut Sahih Buhkari & Muslim ''Tidak pernah aku merasa cemburu kepada seorang pun dari isteri-isteri Rasulullah seperti kecemburuanku terhadap Khadijah. Padahal aku tidak pernah melihatnya. Tetapi Rasulullah seringkali menyebut-nyebutnya.''
Dan Baginda juga perna bersabda “Demi Allah! Ia tidak memberikan ganti untukku yang lebih baik darinya. Khadijah telah beriman kepadaku ketika orang-orang masih kufur, ia membenarkanku ketika orang-orang mendustakanku, ia memberikan hartanya kepadaku ketika manusia lain tidak mau memberiku, dan Allah memberikan kepada anak darinya dan tidak memberiku anak dari yang lain.”
Lihatlah, betapa mulianya Rasul Allah ini, sentiasa dilimpahi kasih sayang yang menebal, baik untuk isteri-isteri Baginda, mahupun umatnya... Sejak dahulu lagi Bagina mengajar kita sebagai umatnya sentiasa mengampuni kesalahan orang lain, terutama kita yang dilahirkan dalam Agama Islam yg Agung ini..
Contohilah teladan Rasulullah ini, sentiasa mengampunkan umatnya.. Fikir-fikirkanlah sejenak...
0 comments:
Post a Comment