CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Saturday, March 20, 2010

Selamat Pulang ke Lepeh Dato' Seri Najib ^_^

Salam…salam penuh kasih sayang dan kemuafakatan.. Bangga rasenya hari ni sbb bersama2 berpeluang menyambut kepulangan Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dan isteri serta bondanya tercinta Tun Rahah ke Lepeh sempena ulang tahun KKLW yang ke 50 di Dataran Lipis..


Namun sesuatu yg betul2 menyentuh perasaan sy apabila telintas sedikit perasaan terkilannya seorang ayah bila x dpt bersma2 menyambut kepulangan Dato’ Najib ke tmpat kelahiran beliau.. Saya tahu ayah terkilan, tapi disebabkan factor kesihatan yg tidak m’izinkan ayah akur..


Jauh disudut hatinya siapa tahu, tapi dari segi tingkah laku dan gayanya, saya dapat rasakan.. Lebih2 lagi Dato’ Seri Najib adalah org yg sgt ayah bangga dan julang dari dulu sampai la sekarang.. Bukan apa , kebijaksanaan Dato Najib anak melayu tulen tiada tolok bandingnya, dari zaman muda lagi Dato’ Najib dah tunjukkan sifat yng telus dalam pemikirannya.. itulah kata ayah.. Malah, kadang2 cerita Dato’ Najib pernah makan bersila di rumah kami, ketika datang melawat Daerah Lipis pada tahun 80-an diulang-ulang beberapa kali.. tidak jemu ayah dengan nostalgia itu.. berbangga pun ada.. orang yang pernah makan bersila di rumahnya, dah jadi Perdana Menteri Malaysia sekarang..


Tak pe ayah, jika kita tidak dapat bersama-sama beliau hari ini pun tak pe.. Ayah kena jaga kesihatan.. Apa-apa pun yang penting kita sokong perjuangan Dato’ Najib membangunkan Negara Malaysia ini, demi mempertahankan maruah Islam dan Malaysia.. Sama-sama kita berdoa agar pencapaian yang kita harapkan terus berada di puncaknya… AMin… ^_^

0 comments: