Salam.. Hehehe.. Saje2 je nak postkan isu cinta ni.. Sbbnye pg tadi tgk MHI, Ally n Wardina duk cerita pasal cinta. Cinta kepada Allah, Rasul, Keluarga, Kekasih, Masyarakat, Agama dan Negara.. Tu yang menyebabkan sy tetiba nak coretkan sesuatu mengenai C.I.N.T.A. Tapi ianya berkaitan dengan cinta antara manusia, melalui persahabatan..
"Banyak sekali persahabatan yang berakhir dengan cinta, tapi sangat sedikit Cinta berakhir dengan persahabatan"Kenapa persahabatan selalu berakhir dengan cinta ?Kenapa cinta jarang berakhir dengan persahabatan?Kenapa???
Wah!! Persoalannya.. Hmm, bg saya, dalam persahabatan, Sahabat adalah orang yang paling dipercaya, yang mudah diajak cerita tentang masalah kita, yang ada di saat kita perlukan atau bahkan saat kita tidak perlukan pun sahabat ada disamping kita untuk menemani kita. Seorang sahabat sejati sukar sekali untuk kita cari atau kita jumpai, kerana mencari sahabat sejati itu memang benar-benar sukar ditemui..
Cinta memang sesuatu yang sukar diungkapkan, bukan sekadar memberi bunga atau hadiah. Ia mengenai satu tanggungjawab besar, dan hendaklah disalurkan dengan cara yang betul. Sbbnya dengan percintaan segala-galanya berubah.. Adanya macam sifat yang akan muncul dalam percintaan ni.. Emosi melebihi segalanya, sifat cemburu, sentiasa ingin di belai dan sebagainya..
Nilai cinta dan sahabat jauh berbeza.. Kena pandai bezakan dengan sahabat dan kekasih. Sesetengah orang selesa sebagai sahabat, dan ingin menganggap sahabat itu selamanya sahabat, sesetengah orang mahu akhirnya digelar kekasih. Namun, berakhirnya hubungan dalam persahabatan sebagai kekasih mungkin akan menjaminkan kebahagiaan untuk selamanya, dan mungkin juga tidak, Sebabnya bagi saya kekasih adalah kekasih, dan persahabatan adalah persahabatan.. Sgt jauh bezanya...
0 comments:
Post a Comment