CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Friday, December 28, 2012

Kem Remaja Soleh Dunia Akhirat

Assalamualaikum.. Salam keberkatan dan salam sayang buat semua.. Satu helaan nafas yang lega, dapat menyelesaikan dan melaksanakan satu amanah Allah SWT.. Sungguh besar peluang yang Allah berikan kepada seluruh umat Muhammad, membawa kata-kata, membawa ilmu untuk disampai kan. walau sepotong ayat. Alhamdulillah.. Dengan nikmat kebesaran Mu itu Ya Rabb, saya bersama-sama jentera Belia kg Relong melaksanakan dakwah buat remaja masa kini..

Kian hampir dengan waktu kiamat yang belum di ketahui bilakan akan terjadi, tersedar bahawa kita belum cukup sempurna, melayakkan diri ke Syurga Allah yang Maha Suci.. Allahu akbar!! Alhamdulillah, sy masih mempunyai Visi buat remaja-remaja ini, sekali pun sudah selesai perlaksanaannya, namun masih di peringkat awal.. insyaAllah ini adalah pemulaan buat saya, mengumpul, merancang strategi yang lebih baik.

Pada 16 hingga 19 Disember 2012 yang lalu, kami diamanahkan oleh Badan Kebajikan Masjid Kg.Relong melaksanakan satu kem buat Remaja , Iaitu Kem Remaja Anak Soleh Dunia Akhirat.. Andai ditanya kenapa di letakkan juga dunia akhirat, inilah jawapannya..kami menjadi pemudahcara bukan saja untuk akhirat dengan perlaksanaan program praktikal ibadat, tetapi juga menekankan aspek keduniaan, dari segi disiplin, penjagaan masa, beradab, dan juga memupuk ikatan ukhwah dalam berkumpulan. Alhamdulillah, feedback dari apa yang kami perolehi sangatlah baik. Bukan sahaja peserta malahan ibubapa.. Alhamdulillah sekali lagi. InsyaAllah akan datang yang lebih baik, dan sangat terharu apabila Ketua Kampung sy mengucapkan sesuatu di telefon "Tahniah kak Adah, utk program yang dijalankan, Memang terbaik, InsyaAllah yang akan datang penganjurannya mungkin dari Pejabat Agama Islam Daerah Lipis, organisasi perlaksana tetap deme' juga" ..Rase sebak terharu dan gembira sangat.. Syukur padaMu Ya Rabb!!!


Wednesday, December 19, 2012

Trip to Medan, Indonesia

Assalamualaikum... Syukran Jazilan sebab terus membaca coretan ini. Alhamdulillah.. segar permandangan dibumi Indonesia menggamit memori yang tersendiri. Berbekal kisah-kisah ayah membawa saya untuk sampai ke Medan Indonesia... Macam-macam adegan yang sangat malu di ulang tayang ketika di LCCT .. heheh opppssss... hanya kami yang mampu tersenyum.. "orang Indonesia pun tak macam kita babah" kata ibu esya.. hik3.. ok2 stop bab tu.. dan dapat menarik nafas dengan lega ketika berada dalam pesawat Air Asia tu.. Namun... tet!!!!!!!!!! sesuatu yang sangat lucu lagi.. waaaaaaaa... tak tertahan dek gelak tawa, sehingga menitis air mata.. haiiishhh sangat la meninggalkan kesan buat saya didalam memori ini..

Setibanya di airport Medan kami terus di bawa oleh Pak Adi untuk menukar wang.. Sy tak tukar banyak, sekadar RM500 je, dan bila diktukar.. heheheh kaya seketika..1juta lebih ditangan.. hahah tapi rupee la.. atttoooooii... Kami meneruskan perjalanan ke Hotel di Danau Toba.. Malam kami tiba.. pelbagai tragedi menyayat hati.. hehehe mendaki bukit yang terletak betul-betul di puncak bukit..x pernah jumpe lg drive bus yg tersangat la dalam erti kata "selamber x takut mati" heheheh.. daannn..Alhamdulillah.. setibanya di Hotel kami dijamu dengan makan malam yang sangat best.. dan pastinya sangat lapar, sebab perjalanan untuk ke Danau Toba dari Bandar Medan hampi 5 jam.. Tak ke kematu dibuatnya.. hehehe

Malam tu kami rehat dengan secukupnya, sebab esoknya nak pergi ke Pulau Samosir, Danau Toba.. dikenali penduduknya adalah kalangan orang Batak. Orang Batak ni dahulunya terkenal dengan "orang makan orang" .. tp sekarang tidak lagi.. masyarakatnya dah ramai yang berilmu, berniaga dan sebagainya.. sesampainya di sana pelbagai aktiviti yang di sedia. "Horas! Horas!" heheh kami meneruskan perjalanan menaiki bot, dihiburkan oleh kanak2, menyanyi pelbagai lagu.. terkedu seketika, bersungguh2 mereka ini, sejak kecil dan berdikari mencari duit.. Terlalu luas Tasik Danau Toba!! Subhanallah.. CiptaanMu Ya Rabb menakjubkan.. cantik sangat.. terpegun, terpesona....cuaca yang terik tidak dirasai.. kesejukan air tasik mengasyikkan ciptaan Yang Esa ini..

Kami meneruskan perjalanan dan aktiviti kami, menuju Berastagi, dalam perjalanan kami, banyak kali jugak kami berhenti.. Asyik sy melihat keindahan alam di sekeliling, Subhanallah.. Cantik Yang Teramat.. :) Sesampainya di Berastagi, kami terus di bawa ke sebuah hotel di puncak bukit..Hotel Internasional Sibayak Berastagi.. Di hotel ni jelas kelihatan dua buah gunung berapi yang masih aktif. Malam tu kami sempat menyaksikan Malaysia vs Indonesia.. hehhe agak cuak jgk sebenarnya jeritan kami.. Almaklumlah.. menang plak malam tu.. heheh dan sesuatu yg sangat menakjubkan jugak.. cuaca yg tersangat sejuk... heheheh dan memang "pesen"  sy camni, nak buat macam mana lagi.. sy seorang yang tak boleh terlalu sejuk dan tak boleh terlalu panas cuacanya.. harus dan wajib akan berdarah hidung.. itu alkisahnya..Berastagi memang best tapi sejuk yg tersangat2.. Selimut yang tebal pun masih belum terasa kelegaannya.. haiiiiiiissssh macam mana nak pegi Jepun dan Korea ni.. hik3

Kami meneruskan perjalanan ke Bandar Medan.. Aktiviti membeli belah kami bermula disini.. haaaa... amik kau!!! hik3 tu la.. nak jimat la konon2 nyer.. memang rambang mata.. tp masih belum dalam kategori pembaziran... hehehhe yang penting telekung untuk mak, baju untuk ayah dan long, jubah indonesia untuk sy dan beberapa cenderahati utk anak-anak buah dan adik beradik yang lain ada.. Dalam hati ni, masih bersuara, "Saya akan pergi ke sini lagi" heheh

Dua malam di bandar Medan kami menginap di Danau Toba Internasional Hotel.. 5 Bintang gitu.. best jugak.. Dan sesuatu nak saya kata kan.. Orang Indonesia tidak semuanya "begitu".. Walaupun padat, tapi keutamaan kepada pelancong, itu la yang sy kagumi.. Mungkin Pelancongan adalah punca rezeki mereka.. pada hari yang ke 5 , kami bersiap sedia untuk pulang ke Malaysia.. mengharapkan kejadian di LCCT tidak akan berulang kembali.. InsyaAllah.. Apa-apa pun.. ini adalah trip pertama sy ke luar negara.. insyaAllah ada kelangan dan rezeki yang lebih ingin ke tempat lain pula..  Melihat ciptaan Allah yg indah..Aameen..

Wednesday, December 12, 2012

Disebalik Kerdipan Mata Kiri

Assalamulaikum wbt.. Masih dalam mud cuti sekolah.. aiiiyyyooo best sangat dapat lepak lelama macam ni. Sebab mase belajar, pulun bagai nak gila.. heheh ape-apa pun sesuatu yang indah bila nak di kenang, adalah ketika menuntut di IPT.. Sangat-sangat best, dengan dunia yang penuh cabaran. Masa tu la belajar hidup berdikari tanpa ada mak ayah yang aturkan perjalanan harian kita. Bab makan minum, bab ibadat, kesihatan, tumpuan belaja, saingan, kepenatan, semua tu pernah di lalui.. Itu la nama belaja.. Susah senang kena harungi jugak.. Baru ada nikmat menjadi seorang Mahasiswa/wi.. Kenangan dengan buku-buku, dengan assigment, dengan kuiz, dengan carry mark yg tinggi atau rendah, dengan mid term.. Aduhai.. hati melonjak-lonjak ingin sambung kembali kenangan itu. InsyaAllah akan cuba untuk menggapainya lagi.. Aameen Ya Rabb.

KERDIPAN MATA KIRI.. Jangan terlalu percaya, boleh mendatangkan syirik. Nauzubillah.. Saya rungkaikan apa yang terjadi. Baru-baru ini saya dah selesai menjalani temuduga bagi pengesahan jawatan oleh Suruhanjaya Pekhidmatan Pelajaran. Alhamdulillah selesai dengan satu nafas yg panjang. Syukur atas kemudahan yang Allah berikan. Berbalik kepada mata kiri yang berkedip, ingin sy katakan, kerdipannya sejak 2,3 hari sebelum hari temuduga.. Debaran terus menusuk. Namun Alhamdulillah.. Kerdipan bukan utk air mata, tapi kegembiraan. Bermaksud, jangan percaya dengan andaiannya.. Wamakaru wamakarullah wallahu khairan ma kirin..