CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Wednesday, May 23, 2012

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!

Dakwah Alam Maya

Assalamualaikum… Ape khabar kalian semua.. semoga masih terus bersemangat meneruskan hari-hari di medan perjuangan ini dengan lebih yakin dan tabah.. Alhamdulillah.. menikmati Rejab dengan penuh rasa diri kerdil, berbekalkan matlamat yang ingin dicapai agar dapat menyempurnakan ibadat sunat dalam bulan Rejab dengan sebaik mungkin InsyaAllah…

Syukur juga atas nikmat Tuhan Rabbul Izzati.. Allah yang menciptakan langit dan bumi, memberikan kita peluang menghirup udara yang segar membenarkan jari-jemari menulis,  menyaksiakn mata  sebagai membantu penulisan dan karya berterusan Alhamdulillah..

Mata membaca, akal berfikir, hati berdetik, lidah berkata.. fenomema dakwah terkini di layar-layar maya.. Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal Biyajid, Dr.Muhaya, Dr MAZA, Ust Zahazan, Ust Zaharudin… Semuanya menjadikan layar maya ini sebagai medan pejuangan dakwah mereka, buat tatapan anak-anak muda khasnya.. Pendapat peribadi saya antara mereka ini, jika diberikan pilihan dan sentiasa terkesan di hati, apa yang dilontarkan oleh Dr. MAZA, Dr. Muhaya, Ust, Zahazan dan Ust Don Daniyal.. Namun begitu bukanlah bermakna sy menolak apa yang dilontarkan Ust Azhar Idrus.. Beliau setanding dengan mereka ini.. malah jiwanya lebih dekat dengan anak-anak muda.. Mungkin anak-anak muda lebih santai dan thumbs up la jugak untuk ust Azhar sebab dengan dakwahnya itu, menarik minat golongan muda mendekatkan diri dengan Islam itu sendiri.. Kadang-kadang, di status FB, youtube, blog or mana-mana bahan media di alam maya, yang mana penggunanya golongan muda dan remaja akan menggunakan kata-kata ustaz Azhar Idrus sebagai  rujukan. Tak dinafikan saya juga pernah meletakkan salah satu, kata-katanya sebagai status di dinding FB saya.

Namun begitu, entry saya kali ini Cuma ingin mengingati sesame kita, janganlah dianggap apa yang di lontarkan oleh Ust Azhar itu sebagai suatu perkara yang langsung kita tak boleh lakukannya.. Contohnya.. Sambutan Hari Ibu… Seperti mana yang dimuatnaikan oleh pengguna-pengguna  FB yang mana lontaran dakwah Ust Azhar iaitu :

Hari ibu adalah hari ibu Church / Ibu Gereja Kristian. Siapa yang nak sambut, silakan.. Sapa yang nak ROSAK AKIDAH jangan sambut.

Semua orang tak nak rosak akidah.. Nauzubillah. Namun begitu, secara peribadinya, saya berpendapat tak salah selagi kita tidak membawa kepada maksiat.. Soalan ini di utarakan kepada saya.. Ustazah, boleh tak kita nak bagi hadiah pada mama?? Akak boleh ke kita nak ucap?? Nanti rosak akidah macam yang ust Azhar cakap..

Hah!! Ahh.. sudah.. berpegang teguh sungguh mereka pada setiap yang dilontarkan oleh pendakwah ini..Apa yang diperintah Allah dan dingati Nabi, tidak pula dijadikan ikutan..Aduhai..

Begini saya jawab, tak salah awak nak bagi hadiah pada mama awak, malah kita menghargai segala pengorbanan mama awak selama ni.. Sememangnya apa yang dikatakan Ust tu benar.. 13 Mei tu Hari Mother Church.. Tapi dah sememangnya setiap tahun dari kecil kita selalu hargai mama kita pada tarikh itu.. bukan bermakna kita raikan hari orang Kristian.. Cuma hari itu lebih kita mengingati.. Semua orang mengingati.. Di dada-dada akhbar, di media elektronik, alam maya semua orang meraikan ibu kita.. Cuba bayangkan kalau ibu kita seorang sahaja yang tak di rai?? Bukan kah sedih hatinya..Ape kah dosa nya kita membuatkan ibu kita sedih pula.. Ape ape pun, hari-hari adalah hari ibu..Setiap hari kita raikan hari ibu.. Kadang-kadang, cukup dengan ciuman sebelum ke sekolah, tempat kerja, atau sebelum tidur untuk ibu dan ayah kita pun dan buatkan mereka bahagia.. Sebabnya berjaya mendidik anak-anak yang penuh kesopanan… Kadang-kadang cukup dengan memohon maaf di akhir perbualan telefon di kala kejauhan..

Hehehe.. tersenyum saya tersendiri.. Dan kini “Calon suami menurut Ust Azhar Idrus”.. Ahh Sudah.. Tak dapat yang macam tu macam mana?? Siap ade senarai lagii..hukhuk.. Tak semua lelaki begitu.. Seribu dalam satu.. huhuhu tp tak mengapalah.. bagus juga di keluarkan artikel berkenaan.. sekurang-kurangnya, apabila status berkenaan di keluarkan oleh seorang wanita, dan di “like”kan oleh ramai wanita.. maka lagi ramailah LELAKI yang berusaha kearah itu… Menjadi lebih baik…  insyaAllah…

Haaaa… kan dah terpanjang pulak ulasan saya untuk entry kali ni.. Sekadar pendpat peribadi.. Saya akui Ust Azhar itu, seorang bagus.. setiap persoalan pasti ada jawapan.. Contohnya “Ustaz, ape hukumnya tabur beras pada pengantin??? Jawapan Ustaz Azhar : HARUS, jika pengantin itu adalah ayam..” heheheh

Tapi ape-ape pun saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pendakwah yang BERJAYA menarik minat pendengar dari semua golongan.. saya akui tidak ramai orang seperti mereka.. ada kelebihan pandai dan bijaksana dalam mengatur dan menyampaikan dakwah.. Seumpama juga saya disamping menjadikan blog sebagai wadah pejuangan seorang muslimah, pengalaman, cerita hariah dijadikan perkongsian agar kita sama-sama memperbaiki hidup kearah yang lebih baik..MATLAMAT HANYA SATU… UNTUK ILMU ALLAH dan ISLAM YANG AGUNG… InsyaALLAH...

Saturday, May 12, 2012

Mencari Housemate... Urgent!!!

.Assalamualaikum... hehehe tibe2 post kali ni nak wat iklan. Sy nak cari housemate. Sape2 ade kenalan or sedare mare yg nak cari umah sewa or bilik sewa area Kota Bharu, sila hubungi sy. 016-9351664

Appartment Desa Pondok Indah, Berek 12, Jalan hospital Kota Bharu.
- Perempuan muslim yang bekerjaya (yang masih belajar akan dipertimbangkan)
- Appartment : ada 3 bilik (2 kosong), 2 bilik air.
- Berdekatan dengan Pusat Bandar Kota Bharu (10 minit), berhadapan dengan 7E, pasar berek 12, bersebelahan dengan sekolah dan pelbagai kedai makan dan runcit.
-Keselamatan terjamin.
- KEMASUKAN SEGERA..

p/s : urgent sangat.. kalau boleh sebelum cuti sekolah ni..

Rabbi Yassir Wala Tu'assir..

Akhirnya~~~~......



Assalamualaikum.... Salam Rejab buat semua ..Alhamdulillah syukur atas nikmatnya, buat kami semua ahli keluarga dan seluruh keluarga besar Mah Uda kerana telah diberikan ruang waktu buat kami menyempurnakan Majlis Perkahwinan adik perempuan kesayangan saya.. Kamalia & Kamarul. Nama pun dah unik cukup sempurna.. Alhamdulillah.. K.adah bangga dengan kamu dik, sbb dah dapat menyempurnakan sebahagian dari imanmu.. Semoga ini titik permulaan kebahagian yang akan kamu redahi dalam melayani bahtera rumahtangga.. InsyaAllah.. 16 tahun teratak ayahda bonda ini tanpa kenduri perkahwinan.. cukup meriah.. gendak ketawak, silat, hampir x cukup souvenir yang disediakan.. terpaksa kerah anak-anak buah packing lagi.. pelamin yg cantik, bilik tidur hasil seni mak, hiasan khemah pengantin dari tangan sendiri dan sepupu sepapat. kami nampak biru hari itu, seonok tengok kerjasama anak-anak buah dan saudara mara, dan di akhir dengan acara tradisi, mandi sampat.. heheheh lucu anak-anak kecil mengenakan pakcik pakcik mereka.. berkejaran dengan jug yang diisi air.. si pengantin pun tersiram jugak akhirnya.. dan ade jugak dibedak dengan kek.. And yg paling mengembirakan kami, kenangan terindah buat kami dengan my luvly sis.. Kana Urai.. Last day, Kana di Relong.. 21 June!! Ya!! thats my birthday, Kana kena pulang ke tanah airnya.. Jepun.. So sad for me... Andai dapat ditahan masa tu, sy ingin menahannya.. Namun saya tak mampu... 

Sesuatu yang ingin saya kongsi disini, juga buat my Cik Sumie.. dalam kemeriahan suasana majlis.. sy sangat sebak.. sy hilang kawan yang paling rapat dengan sy sejak kecil, kawan yang suke duka sy kongsi bersama dengannya, setiap malam akan tidur sekali, walaupun bilik berasingan.. kawan yang ikot suke hati kami jer nak marah bila2.. tp tak pernah lama.. tak pernah sampai 3 jam pun..  sy sebak dan sedih.. sbb semua suke duka dia pasni akan dikongsi dengan Mr Suami nya plak.. buat adik ipar sy Kamarul, jaga adik sy elok2.. didik lah dia jadi sebaik2 wanita.. Ntahlah.. sy patut rase gembira untukknya.. Ya!! sy memang gembira untukknya.. gembira sangat.. sehingga tak sanggup untuk snap pic sekali ngan dia waktu majlis.. hanya beberapa keping, Itupun dia ditemani Mr.Suaminya.. sbb sy x mampu nak tahan sebak..Bukan kerana jodoh kamu sampai dulu, tp kerana sebak sgt dan sy kehilangan kawan sy ni.. Skang cuma mak tempat sy nak citer semua-semua..Dan sy masih punya Cik Sumie.. namun mungkin sementara waktu juge.. kan3? huhuhu But sy still ade my best firend Ibu Shiedah Esya..Thanks ibu n Cik Sumie.. sbb korang still sanggup dengar lagi celotehan budak cememeh ni, kalo la ditakdirkan korang x dengar dah celotehan ni ingatlah.. Sy syg korang sgt2.. :) :) :) Ape2 pun, untuk my lyvly sis Kamalia, SELAMAT PENGANTIN BARU.. moga kekal bahagia hingga hujung nyawa..

 with my luvly sis, Mak Su n Busu
 Esya, ibu esya, Mama, ibu Eqie, Eqie
 Esya, ibu esya, Mama, ibu Eqie
 Cik Sumie, Kak Dhila,Esya, ibu esya, Mama, saya,ibu Eqie
 my luvly Mak
 my luvly cik sumie n mak
 "Puan Kamalia" ^_____^ cantik sgt kamu..
 with Kana... so cute!!!
 ampai n kakak with kami yg kepenatan
 last memory with kana
 hik2 sepadan kan2???
 Adik, sy dan Kana

 Long & Kakak


My Luvly Family!!!!!!