Telah ku harungi
Telah ku jalani
Menyusuri berbagai macam fenomena
Terkadang,hati ini merasa lelah
Terkadang,raga ini merasa berpaling
Bilakah?
Dimanakah?
Penantianku kan terwujud?
Lalu,siapakah?
Pasangan jiwaku kelak??
Ya ALLAH,,
PadaMU ku labuhkan segalanya
PadaMU ku pasrahkan segalanya
Ku yakin,,
Engkau menciptakanku
Dengan pasangan jiwa
Mungkin hanya waktu saja yang akan mewujudkan
Sempurnakanlah imanku
Satukanlah hati kami Ya ALLAH
Tautkanlah rasa kasih yang baik dalam pandanganMU
Mungkin penantian ini
Adalah bentuk ujianMU
Tuk menguji kesabaranku
Tuk menguji kesungguhanku
Namun ku cuba ikhlas atas apa yang Engkau beri
Semoga,,,
Kelak penantian ini berakhir kebahagiaan
Bersatu dalam ikatan menuju RedhaMU
~~Aamiin Yaa Rabbal Allamin~~
Wednesday, March 21, 2012
Sunday, March 11, 2012
Cinta Di Tolak ~~
Assalamualaikum.. Entry kali ni saya just nak share sebagai renungan buat semua..
“Maafkan saya. Saya tidak dapat menerima cinta awak. Cukuplah sampai disini. Semoga Allah mengampuni saya jika saya bersalah. Saya tahu niat awak baik, tetapi saya bukanlah orang yang tepat.”
Tulisan ini mungkin pernah kita terima melalui SMS atau bermacam-macam cara lagi yang menyatakan hasrat cinta di tolak sama ada yang masuk ke inbox telefon kita atau secara berhadapan.Tentu remuk rendam hati dan perasaan kita. Cinta kita ditolak! Malu..! Dunia seolah-olah berakhir. Suasana hati berubah mendadak dan menjadi binggung tidak tahu harus berbuat apa.
Sesiapapun mungkin akan kecewa apabila keinginan dan cita-citanya tidak tercapai. Perasaan kecewa adalah sebahagian dari gharizatul baqa‘ (naluri mempertahankan diri) yang Allah ciptakan pada manusia. Dengannya, manusia adalah bukan robot, mereka mempunyai pelbagai emosi. Dapat gembira tetapi boleh juga untuk merasa kecewa.
Manusia memang tidak suka dengan penolakan. Mereka ingin semua keinginannya selalu dipenuhi. Padahal ditolak adalah salah satu daripada kehidupan kita. Hidup ini adakalanya tidak boleh memilih. Benar, cuba kita perhatikan, kita lahir ke dunia ini tanpa ada pilihan: sebagai lelaki atau perempuan, berkulit gelap atau cerah, berbeza suku bangsa. Rezeki dan jodoh juga adalah sesuatu yang diluar pilihan kita
Man propose, God dispose - Kita hanya mampu berusaha dan berikhtiar, tetapi Allah jua yang menentukan segalanya. Ya, yang penting kita sudah IKHTIAR!
Ini Bukan Suatu Aib
Ditolak?
Pastinya perasaan Malu, kesal dan kecewa menjadi satu. Tetapi itulah bentuk perjuangan menuju pernikahan. Kita sememangnya tidak tahu apakah sang pujaan menerima atau menolak kita, kecuali setelah kita memberi tahu hasrat hati kita kepadanya.
Apabila ditolak tidak usah malu. Bukan cuma kita sahaja yang pernah ditolak. Ramai lagi orang lain yang senasib dengan kita. Jika seorang wanita melamar lelaki, dia tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh sebenarnya adalah mereka yang mendedahkan aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas
Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam.
Bukankah apa yang kita lakukan itu adalah sesuatu yang benar dan baik menurut agama? Jadi mengapa mesti malu?
Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan
Berfikir Positif..
Marah-marah kerana ditolak? Mendoakan keburukan kepada lelaki/wanita yang menolak kita? Itu bukanlah sikap seorang muslim yang baik.
Tidak ada yang dapat melarang seseorang untuk jatuh cinta mahupun menolak cinta. Sebagaimana kita mempunyai hak untuk mencintai dan melamar orang, maka ada juga hak yang diberikan agama pada orang lain untuk menolak pinangan kita.
Bahkan dalam kehidupan rumah tangga pun seorang suami dan isteri diberikan hak oleh Allah (SWT) untuk membatalkan sebuah ikatan perkahwinan. Mengapa Allah SWT memberikan hak menolak cinta kepada kita? Dan dalam perkahwinan ada “penceraian”?
Jawapannya adalah mungkin manusia yang pernah jatuh cinta atau setelah membina rumah tangga, ternyata tidak memperoleh kebahagiaan (al-hanaah) dari pasangannya, maka tiada gunanya untuk kita mempertahankan sebuah hubungan apabila kebahagiaan dan ketenteraman tak dapat diraih. Wallahuaklam bi ash sawab
Berfikir positiflah apabila cinta atau hasrat hati kita itu tidak berbalas. Belum tentu kita memperoleh kebahagiaan apabila hidup bersamanya. Apa yang kita pandang baik pada mata kasar, belum tentu akan memberikan kebaikan pada kemudian hari.
Allah maha pengatur, pasti akan mempertemukan kita dengan orang yang memberikan kebahagiaan seperti yang kita angankan. Bahkan mungkin lebih dari yang kita harapkan. Be positive thinking. Tiada sebab untuk bersedih.
Firman Allah Yang Bermaksud:dan jangan kamu berputus asa dari dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” [Yusuf :87]
Cinta Ditolak. Adakah Ini Memalukan?

Thursday, March 8, 2012
Teacher's Pet - Warisan Wanita Terakhir
Special utk wanita-wanita..
Assalamualaikum... Saat kesibukan ini saya dapat lapangkan sedikit masa dan waktu menjenguk blog kesayangan saya. Entry kali ini khusus untuk semua, tidak hanya kepada mereka yang bernama wanita.. Salam Hari Wanita.. Sesungguhnya hari-hari adalah hari wanita.. tp saya terpanggil untuk untuk menulis sesuatu disini kerana tertarik dengan bermacam ucapan di pelbagai laman maya.. di corong radio.. di kaca tv.. Ya Tuhan.. bersyukurnya saya menjadi wanita.. Menjadi anak, menjadi ustazah, menjadi "muallimah" kata anak-anak murid sy.. Indah nya nikmat Mu Ya Allah... InsyaAllah saya takkan persiakan segalanya yang telah ditentukan ini..
Ya Allah tetapkanlah Iman ini agar menjadi sebaik-baik Muslimah di sisi Mu.. Menjadi anak yang solah... Jauh disudut hati, doa yang yang tak pernah saya putuskan dari bibir.. teringin sekali menjadi ISTERI dan IBU mithali disisi suami dan anak-anak.. Ya Tuhan.. perkenankan doa ini agar kembali dibukakan hati yang telah lama tertutup..Saat-saat penghujungnya tuntutan ilmu dan target itu..
Sekian lama saya tersenyum... Senyuman penuh bermakna.. Bersyukunya saya kerana identiti sebagai wanita ini..
~ Dalam garang seorang wanita pasti ada lembutnya ~ Semarah - marah seorang wanita pasti akan hilang jua ~Dalam benci seorang wanita , pasti ada kasih sayangnya ~Kerana kelembutan seorang wanita merupakan fitrah tercipta ~ Jadi, bersyukurlah diri pada ILAHI kerana indahnya menjadi WANITA ~
Friday, March 2, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)