CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Thursday, November 22, 2012

Visi DIET! !!!

Assalamualaikum.. salam kasih, salam perjuangan buat mereka dibumi kemelut Palestine.. Ya Rabb, lindungilah hambaMu disana... kuatkanlah mereka.. tabahkanlah hati mereka.. Diri ini hanya mampu berdoa dan menyokong segala tentangan terhadap Zionis Laknatullah..

Alhamdulillah di panjatkan, tidak dilupakan selawat buat kekasih Allah yg tercinta.. Muhammad Rasulullah.. Saat ini detik ini, hati merasa tenang sekali.. Syukur atas nikmat Mu.. Diberikan peluang untuk terus beribadat dan mengabdikan diri sebagai hambaMu yg sangat kerdil..

InsyaAllah tatkala 28 November ini sy akan dipanggil untuk temuduga pengesahan jawatan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Bertempat di IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan. Doakan agar sy dipermudahkan segala urusan.. Rabbir Yassir Wala Tu'assir, Rabbi tammin Bil Khair.. Buat pengetahuan semua, baru-baru ini saya telah melapor diri di sekolah, sebagai guru interim.. iaitu guru sementara. Jawatan guru interim yg dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran ini adalah untuk semua graduan IPG/IPTA Pendidikan yang menamatkan pelajaran sebelum 1 Julai 2012. Alhamdulillah dengan segala keprihatinan ini. 

Yes!! bercerita tentang diri, ade sesuatu yang ingin sy tuliskan diri sini :) 

D.I.E.T!!!!!! heheheh 

Sy akan meneruskan visi sy ni dengan misi yg betul.. Yes2!! sy sgt suke dengan perubahan ni. Betul kata org, kalau kita nak turunkan berat badan, tu semua atas kita. Pokok pangkal kita yang usaha. Bermula Ramadhan yg lalu sy dah start proses DIET sy ni.. Bulan puasa! hehehe sejujurnya bukan nak kurus sebab nak cantik. Cantik seorang wanita tu kan pada akhlaknya, bukan pada susuk tubuh yang mengiurkan. Tu yg sy pegang.. Sy makin semangat bila dapat rasa berat badan turun, badan makin ringan, tak mengah-mengah, jogging lama-lama pun tak jadi masalah. Sy kurangkan pengambilan nasi yg berlebihan. Alhamdulillah sehingga akhir Ramadhan berat sy tidak mendadak turunnya..4-5 sahaja.. tp sy suke, sebab kekal dan tak naik-naik dah selepas tu. Namun sy risau juga, bila hari raya.. aiiiyark!! faham2 je la.. juadah depan mata. Nak-nak pula memang tu la rutin sy.. duduk di dapur, jd chef + jd bibik.. hehehe Al-maklumlah sy je anak dara mak yg ada kat rumah ni.. Okei2.. seterusnya bila raya je, makan tak ingat dunia.. haiiish risau jugak ni..Tp sy tak timbang-timbang, takut nak tengok. hehehe.. nak dijadikan cerita bila masing-masing adik beradik sy berceritakan tentang kenaikkan berat badan bila datangnya Syawal. Sy dengan berani menimbang berat badan.. Daaannn sy senyum camni ^________________^ sebab tak naik jugak.. hehehe Alhamdulillah.. Nak tau sebab ape??? Sy banyak minum air.. melebihi 8 gelas sehari yang disarankan..Sekarang sy dah tau cara yg baik untuk kekalkan penurunan berat badan.

Yes2!! makin bersemangat ni. Bila raya ke 4,5 mak ayah dah sibuk berpuasa, dan yang lain balik ke rumah  masing-masing, tinggallah sy bertiga dengan mak dan ayah. Sy tengok keadaan mereka makin semangat berpuasa.. Sekalipun puasa 6 dah ditamatkan. puasa sunat hari isnin dan khamis turut mereka laksanakan..Dan Al-kisahnya, sy tinggal dengan diorang maka sy kena ikut cara diorang. Malulah kita yang mude remaja ni malas nak puasa. Malu dengan diri sendiri, malu dengan mak ayah, dan malu dengan Allah.

Hampir 2 bulan selepas Ramadhan, kami telah melaksanakan puasa sunat pada Isnin dan Khamis. Namun di sebabkan komitmen sy yg sangat sibuk kepada Taklimat Anugerah Desa Cemerlang peringkat Kebangsaan sebenarnya salah satu sebab makan minum kurang mendapat perhatian.. Heheheh tapi sesuatu yg membuatkan keadaan sy agak tergugat bila setiap malam pasti ada saja yg makanan disediakan oleh JKK untuk kami sebagai urusetia.. Mee kari, bihun sup, roti canai.. dan semua tu agak berat serta tinggi kalorinya. nak-nak pula pengambilannya di tengah-tengah malam, 11.00 malam .. tapi sekali lagi, Alhamdulillah..  makin terus semangat.. hehhehe 

Berakhirnya ADC, sy telah dipanggil untuk lapor diri sebagi guru interim setelah 3 bulan lebih terperap dirumah. Setelah mendengar taklimat dan melapor diri, kami telah diarahkan membuat medical checkup. heheh keterujaan sy bila sekali lagi menimbang berat badan... Yes!!! 3bulan, sy hilang hampir 12-13 kg.. tanpa sebarang kenaikan. dan tidak mendadak.. Hampir semua cikgu-cikgu di sekolah terkejut dan bergurau agar dalam tempoh cuti sekolah akhir tahun ni sy ambil masa untuk kecil kan baju.. heheh 

Dan kini sy teruskan untuk capai sasaran sy. kali ni sy bersaing dengan Abg Zul. pasti nak kurus sebab dia nak kawen la tu.. heheh nak tengok siapa yang berjaya dulu.. tarikh akhir tiada, tapi siapa yang berjaya sampai target dia yang menang! heheh caiyok2!!!